Tuesday, January 17, 2012

Kecek Kelate

Trip kali ni, ambo nok tra tulis ikut bahaso kelate laa deh...maklum lah, ambo ni orey kelate, sekali sekalo nak tra guno bahaso kelate etek, ko guano. Kalu ambo orey perok, mesti la ambo guno bahaso perok dih....gitu la jugok, kalu ambo orey kedoh ko, negeri semiley ko, pula peney ko....eh, ngarut plok ambo nii, sori-sori (orey kelate memey biaso guno bahaso orey putih, jadi kalu ado bahaso orey putih tu, dok pelik la deh)

Dulu-dulu kalu nulih karangey ni, dokleh guna loghat negeri, sebab key cikgu maroh, markah pon keno potong.... tapi mugo loni ado natey belog ni gak, buleh la ambo tra, takdok orey larey sero, mugo barey nii free jah. Doh belog ambo, ikut ambo laa....cumo mungkin ado (bukey mungkin doh bekali, ambo sero memey ado) hok dok berapo pehey...kalu dok pehey, baco laa selow-selow deh, beley-beley belek kamus etek...kalu ado saing-saing orey kelate tu, buleh la mitok dio tolong trenslet. Orey ganu pong, reti jugok ambo sero...ko guano.

Maso kecik-kecik dulu, tekoh sekoloh rendoh (sekoloh menengoh pon ado jugok, jarey-jarey), rajin la ambo duk dengar ado budok-budok nulih karangey maso perekso dengay guno bahaso loghat nii....maso tu gak, ambo duk mikir, bodonyo budok tuu. Ambo sero nulih guno bahaso standard lagi mudoh. Tokdey nok mikir ambo, lagu mano demo tu buleh nulih guno bahaso loghat...tapi tekoh ado tepon henset ni gak, bilo guno sms (shok mesenging servis), baru ambo pehey...dok mustahil ruponyo nulih nga bahaso loghat ni dih....nii la buktinyo, ambo duk nulih trip ni guno bahaso loghat...dok sedar pon, sapa tigo perenggey doh nii boh...

Loni ambo banyok meluey key maso di Koto Bharu kelate nii, jadi beraso nok kecek kelate sokmo. Mugo tiak-tiak hari duk kecek bahaso loghat nii gak...mesti doh dih, doh duk kapung sediri, guno la loghat sediri...kalu ambo orey perok, duk di Lumut pon, ambo guno bahaso perok dih....eh,eh ngobey la ambo nii.

Jadi, ambo takdok cito ni sebenarnyo, nak tra nulih ikut bahaso kelate jah sebenarnyo...pat perenggey beley-beley takdok cito pon...lain kali laa, ambo nulih kok bahaso kelate lagi deh, bilo ambo ado cito hok sedak sikit. Ni pon boktey dok jenero tido jah nii, beley-beley tingat ko orey jauh etek...pah, baco kanvas media tadi beley-beley. Lamo doh dio dok update, bilo dio update, sero nok update jugok la ambo pon...

Jadi, sehinggo la kito betemu lagi la deh semo-semo....ni ambo nulih ikut bahaso kelate KB, orey oyak hok kelate KB la paling mudoh....lagi pon, ambo reti kelate KB jah, mugo ambo orey Koto Bharu keyy...tu pon ambo ado sengajo namboh-namboh pelat sikit, sajo nok bagi dramatik, napok sikit kelainey dio, sedak sikit nok baco dih....duk dumoh, takdok la lagu gini mo ambo kecek...hehe

Ok, tadi kato nok bereti, ngabey pulok doh eh....kali ni bereti sengoti la deh, wassalam....

Thursday, January 5, 2012

Bersatu

Trip kali ini adalah untuk menyuruh kita semua BERSATU, tapi oleh sebab aku malam ni (ya, aku tulis ni pada waktu malam) adalah sangat sangap takder idea, jadi trip kali ni aku hanya dedikasi untuk seru semangat sahaja....semoga kita semua BERSATU.

Ok, untuk dapat feel, kita nyanyi sikit...macam mana nada lagu, sila lah cipta sendiri. Nyalakan sudut kreatif anda, yang penting seruan untuk BERSATU ini tercapai dalam diri kita semua....semoga terhibur dan teruslah BERSATU...


BERSATU Kita BERSATU,
Dengan Setia Berganding Bahu ,


BERSATU Kita BERSATU,
Jiwa Teguh Berpadu,
Kita Rumpun Melayu.

BERSATU Kita BERSATU,
Bersama Mendukung Hasrat Semua,
Berjasa Pada Agama, Bangsa dan Negara.

BERSATU Kita BERSATU
Untuk Rakyat Malaysia.

Thursday, December 29, 2011

Bintang Kecil di Timur

Untuk trip kali ini, kita akan cuba bermusikal...jadi sila baca sambil menyanyi, cipta sdri lagu anda dan jadikan musikal anda menarik....happy holiday

Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...

Adik Kura-kura dan adik Arnab,
Bermain bersama,
Melompat-lompat...


Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...

Datuk Harimau,
Di dalam semak....


Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...

Adik Kura-kura dan adik Arnab,
Menari bersama....


Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...

Datuk Harimau,
yang sedang tidur,
Adik Arnab di dalam perut...


Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...



Wednesday, November 16, 2011

Living Among The Star


Adakah anda tahu macam mana hidup dalam bandar seperti di Madrid, Barcelona atau di Manchester juga di London...ya, aku tahu bagaimana rasanya.

Aku bukan lah bermaksud tentang persamaan hidup di bandar besar, canggih atau bergaya eropah. Yang aku maksudkan adalah hidup sebandar dengan bintang-bintang bola sepak....tentang bagaimana rasanya diorang bila terserempak dengan Messi, Ronaldo, Lampard, Giggs, juga Alex Fergusson atau Mourinho....yaa, aku tahu bagaimana rasanya.

Sekarang aku hidup di Kota Bharu, anda tahu ke mana hala maksudnya trip ini bukan....bukan lah aku nak samakan pemain-pemain bola sepak Kelantan tu bagus sangat, atau setanding dengan bintang2 bola sepak dunia atau Eropah khususnya. Tapi sebut saja nama2 seperti Norshahrul Idlan Talaha, Daudsu, S.Chanturu atau Khairul Fahmi Che Mat, juga coach Sathianathan atau M.Karathu, serta lagenda seperti Hashim Mustapha seumpamanya....jika anda peminat sukan bola sepak, dan tinggal di Malaysia, sudah tentu nama2 ini tidak asing lagi....jika tidak kenal, anda bukan peminat sukan bola sepak, anda peminat EPL atau La Liga sebenarnya.

Aku tidak mahu bincangkan tentang bagaimana orang2 di bandar2 yg lain hidup sebandar dengan bintang2 bola sepak mereka. Mungkin perasaan mereka juga sama seperti aku, tapi betul kah sama.....sekarang mari kita berlaku jujur, walau untuk seketika ini, ketika membaca karangan ini sahaja.

Sejak tahun 2008, sepermulanya pasukan Kelantan diambil alih pengurusannya oleh Tan Sri Annuar Musa, pasukan Kelantan telah diberi publisiti meluas dan pemain2 nya terdiri daripada bintang2 bola sepak tempatan. Sejak dari itu, pasukan Kelantan bukan lagi sebuah pasukan yg biasa2 (walaupun mutu permainan nya tidak la sehensem mana pun, tapi trip ni bukan nak citer mutu permainan pon), tapi yg dikatakan bukan biasa2 adalah pemain-pemain berstatus bintangnya....tahun 2009 sehingga kemuncaknya pada tahun 2010 dan membawa ke 2011 (kemuncak ini masih belum abis lagi ok), pemain-pemain pasukan Kelantan dikenali seantero arena sukan bola sepak tempatan. Publisiti dan tumpuan, juga taraf bintangnya pemain-pemain ini, tidak sama dengan player2 state yg lain (sorry to say, memang trip ni bias skit)....jangan lah anda membangkang lagi, benda ni semua fakta....betul kan.

Jadi bagaimana rasanya hidup sebandar dengan bintang2 ini, bagaimana rasanya apabila anda keluar jalan-jalan kemudian terserempak dengan striker Kelantan, bagaimana rasanya ketika anda mahu order nasi goreng kemudian ternampak defender Kelantan dan juga ketika bagaimana rasanya ketika nak naik kereta kat parking supermarket kemudian terselisih dengan midfielder atau keeper Kelantan (belum citer lagi apabila ternampak coach atau presiden persatuan lagi).....jadi bagaimana rasanya......

Ya, aku tidak mampu untuk mengolahnya dalam bentuk penulisan, cuma yg aku dapat cakap, best giler dapat tgk dekat....excited kot, lg excited daripada dpt tgk Fasha Sandha atau Neelofa juga Erra Fazira serta Nora Danish secara live dan dekat. Itu baru local star player, kalau dpt jumpa ngan International player....jika anda betul fanatik, anda tahu dan faham.

Tapi sebagai lelaki matang, sememangnya aku buat rilek jer....takder nyer aku nk melompat2 kat situ sebab dpt tgk star player....niat nk amik autograp tu ada ler jugak.




Ok, anda sudah abis baca.....boleh mula dengki skang







~Mungkin best hidup di Madrid

Monday, November 14, 2011

Fantasia Bulan Madu

"Dinda pernah dengar lagu yang ada lirik 'Bulan Madu di Awan Biru ' tak ?" tanya seorang kekanda kepada adindanya.

"Maksud kanda, lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Search, daripada album 'Mentari Merah di Ufuk Timur' yang diterbitkan pada tahun 1987  tuu ?" jawab adindanya inginkan kepastian.

"Bukan, lagu P.Ramlee laa." kekanda membetulkan.

"P.Ramlee ???" adinda kehairanan.

"Dengar kanda nyanyi yer...'Bagai bulan dipagar bintang...'. " kekandanya memulakan nyanyian.

"..................." adinda hanya terdiam.

Friday, September 30, 2011

Good Luck Cuzzz !!!

Trip kali ini,aku dedikasikan kepada kazen aku. Ini kerana beliau akan pergi untuk menjadi askar selama 6 bulan....pergi jadi askar ni mengingatkan aku kepada band Hujan...

"Bapanya,mahukannya jadi seorang askar...."

Jadi,adakah kazen aku ini akan memenuhi permintaan bapanya, itu aku adalah kurang pasti...

Lagu ini juga sekaligus, mengaitkan aku kepada permintaan setiap bapa....tak semena-mena, permintaan setiap bapa adalah mahukan anaknya jadi askar....eh,apsal aku rebiu lagu Hujan lak nii...sori2,melalut lak...

Sebenarnya kazen aku ni, nk pergi kursus DPA jer, bukan berat sgt pon (eh, korang betul2 ingat dia nk gi perbatasan ker)....aku masih kurang faham kenapa pergi kursus DPA ni ada lah satu lonjakan paradigma dan sesuatu yg berat juga agak seram kepada beliau dan ofis mate-ofis mate beliau. Kebesaran kursus ni,boleh lah dilihat, bila mana ada jugak org buat blog menceritakan mereka sudah DPA...juga penuh status dalam FB, pasal nk pergi DPA...

Kefahaman aku dalam menunjukan kebesaran kursus ini, mungkin kepada, apabila selesai kursus, mereka-mereka ini akan menjadi staff gomen yg formal dan sudah dinaiktaraf....mungkin sebab itu mereka seram2 sejuk....yer la,nak naik taraf ni,bukan kijer main2 yer dak, kang tak lulus,sia-sia jer 6 bulan jadi rekrut....menjadi rekrut, mengikut cerita2 yg aku dgr, adalah sgt tidak best...

Selain itu, kejauhan dengan keluarga, sahabat handai dan sanak-sedara juga,mungkin menjadi faktor akan kebesaran kursus ini, lebih2 lagi kepada golongan wanita....owh,kazen aku ni seorang wanita.....jenis yg menggoncang dunia punyer (beliau mungkin mempunyai harapan menjadi menteri lebih awal dari aku)....walaupun begitu,beliau masih lagi tetap seorang wanita.

Jadi kita skip citer DPA yg aku x berapa nak faham, dan memang tanak faham...

Kepada kazen, semoga tabah menjalani setiap percubaan dan menjadi askar yg baik serta mengikut arahan sepanjang latihan (jangan lawan ckp sarjan misai)....
Semoga apabila tamat kursus nanti, akan menjadi seorang pagawai yg cekap, jujur, pantas,  amanah dan berdedikasi serta dpt berkhidmat dengan cemerlang, terbilang dan gemilang. Juga menjadi seorang kakitangan awam yg efisien dan dapat memajukan agama, bangsa dan negara....
Jadi Cuzzz, Good luck, Gambate dan Chayokkk !!!




Bila sudah jadi pegawai yg bertauliah, jangan lupa bg aku projek/tender ok....
Sila bagi yg harga nilai juta-juta punyer...heee












~ kalau tak,camner nk isi minyak Ferrari....lalala

Sunday, September 18, 2011

Merdeka,Merdeka,Merdeka

Sebenarnya trip ni sepatutnya ditulis (eh...taip), pada 31 Ogos, iaitu pada hari merdeka. Tapi disebabkan ia bertindih dengan raya, maka al-maklum sajer la, yer dak... Jadi aku ingat nk tulis time hari Malaysia jer la, sementelaah sambutan berkenaan juga, bersama-sama dengan sambutan Merdeka....tapi (yer,ada tapi lagi), disebabkan aku bukanlah blogger yg kental, maka hari ini lah baru aku taip (haha. x salah taip tulis)...

Aku bukan lah seorang yg berkelayakan pon, nak sembang pasal benda2 gini, dan aku bukan lah nk menulis karangan pasal pengertian hari Kemerdekaan juger....bila ntah, last skali aku menulis karangan secara formal pon, aku dah x ingat....heee

Ini adalah pendapat aku semata-mata, bersendirian tanpa ditemani sesiapa (saya single lagi...), sebagai seorang warganegara Malaysia....

Aper aku nk ckp pasal Merdeka ni yer....oh,ya, sebenarnya aku nk mengajak semua untuk bersyukur dan menghargai Kemerdekaan Tanah Air....sudah tentulah yg aku nk ngajak adalah rakyat yg memegang kad pengenalan Malaysia....oh yer,aku nk ckap pasal Kemerdekaan Negara Malaysia ok...Bukannya merdeka fikiran, kewangan dan sebagainya....kita teruskan

Kebelakangan ini (ceewahh...kata x nak tulis karangan), kita sering mendengar diskusi minda (sama ada secara formal mahupun di warung2) berkenaan cerita dulu-dulu, dan apa yg terlibat dlm penceritaan dulu-dulu itu adalah berkenaan Kemerdekaan negara Malaysia.......ok,aku bukan nk cerita pasal benda dulu-dulu, dan nk sokong saper lagi terer dlm menghikayat cerita zaman dulu tersebut....

Bagi aku, semenjak aku lahir, sekitar tahun 80-an (hehe,x nak bg tahu umur tuu...),  apa yg aku tahu, aku lahir dalam sebuah negara yg diberi nama Malaysia. Pada masa tu, negara Malaysia ni dah merdeka pon, ini adalah info-info yg aku dapat dari ibu-bapa,makcik-pakcik dan sanak saudara juga....maksud aku disini,aku x perlu membaca buku, mencari maklumat di internet, juga perlu masuk sekolah terlebih dahulu untuk mengetahui berkenaan maklumat Kemerdekaan ini.....lahir-lahir jer, aku dah menjadi warga Merdeka....

Jadi, apabila kebelakangan ini, ada yg mempersoalkan tentang Kemerdekaan dan perihal-perihal mengenai Merdeka......aku menjadi, "OMG, what are u people talking about, are u Malaysian???". Begitulah lebih kurang inotasi monolog dalaman aku....Bagi aku, mempersoalkan mengenai perkara ini, samalah seperti mempersoalkan :- "kenapa aku jadi anak orang kaya", "kenapa aku lahir sempurna dan tidak cacat", "kenapa aku masih hidup lagi pada hari ini" ('aku' dalam contoh-contoh persoalan ini,bukan lah aku (penulis) yer,ok).....

Untuk aku, tidak kisahlah dari mana Merdeka itu datang dan bagaimana ia terjadi......Sebagai warga pada hari ini, seharusnya kita bersyukur, berterima kasih dan menghargai nikmat Kemerdekaan ini.....aku bukan lah mengajak kita semua hendaklah pergi berbaris setiap 31 Ogos, atau mengibarkan bendera 24/7, mahupun menyanyikan lagu Kebangsaan setiap pagi dan malam.....cukup sekadar untuk tidak mempersoalkan atau berdebat juga berbahas mengenai Kemerdekaan, bagi menunjukkan sikap hormat dan perihatin kita pada Merdeka itu sendiri....

Pada fikiran aku, untuk tidak mempersoalkan Kemerdekaan, adalah bukti kita warga yg bersyukur, tahu menghargai dan berterima kasih juga bijak dan matang....

Sekian, Terima Kasih.























~Persoalan yang sebenar adalah, bagaimana kita hendak mengisi Kemerdekaan ini....