Thursday, December 29, 2011

Bintang Kecil di Timur

Untuk trip kali ini, kita akan cuba bermusikal...jadi sila baca sambil menyanyi, cipta sdri lagu anda dan jadikan musikal anda menarik....happy holiday

Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...

Adik Kura-kura dan adik Arnab,
Bermain bersama,
Melompat-lompat...


Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...

Datuk Harimau,
Di dalam semak....


Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...

Adik Kura-kura dan adik Arnab,
Menari bersama....


Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...

Datuk Harimau,
yang sedang tidur,
Adik Arnab di dalam perut...


Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...



Wednesday, November 16, 2011

Living Among The Star


Adakah anda tahu macam mana hidup dalam bandar seperti di Madrid, Barcelona atau di Manchester juga di London...ya, aku tahu bagaimana rasanya.

Aku bukan lah bermaksud tentang persamaan hidup di bandar besar, canggih atau bergaya eropah. Yang aku maksudkan adalah hidup sebandar dengan bintang-bintang bola sepak....tentang bagaimana rasanya diorang bila terserempak dengan Messi, Ronaldo, Lampard, Giggs, juga Alex Fergusson atau Mourinho....yaa, aku tahu bagaimana rasanya.

Sekarang aku hidup di Kota Bharu, anda tahu ke mana hala maksudnya trip ini bukan....bukan lah aku nak samakan pemain-pemain bola sepak Kelantan tu bagus sangat, atau setanding dengan bintang2 bola sepak dunia atau Eropah khususnya. Tapi sebut saja nama2 seperti Norshahrul Idlan Talaha, Daudsu, S.Chanturu atau Khairul Fahmi Che Mat, juga coach Sathianathan atau M.Karathu, serta lagenda seperti Hashim Mustapha seumpamanya....jika anda peminat sukan bola sepak, dan tinggal di Malaysia, sudah tentu nama2 ini tidak asing lagi....jika tidak kenal, anda bukan peminat sukan bola sepak, anda peminat EPL atau La Liga sebenarnya.

Aku tidak mahu bincangkan tentang bagaimana orang2 di bandar2 yg lain hidup sebandar dengan bintang2 bola sepak mereka. Mungkin perasaan mereka juga sama seperti aku, tapi betul kah sama.....sekarang mari kita berlaku jujur, walau untuk seketika ini, ketika membaca karangan ini sahaja.

Sejak tahun 2008, sepermulanya pasukan Kelantan diambil alih pengurusannya oleh Tan Sri Annuar Musa, pasukan Kelantan telah diberi publisiti meluas dan pemain2 nya terdiri daripada bintang2 bola sepak tempatan. Sejak dari itu, pasukan Kelantan bukan lagi sebuah pasukan yg biasa2 (walaupun mutu permainan nya tidak la sehensem mana pun, tapi trip ni bukan nak citer mutu permainan pon), tapi yg dikatakan bukan biasa2 adalah pemain-pemain berstatus bintangnya....tahun 2009 sehingga kemuncaknya pada tahun 2010 dan membawa ke 2011 (kemuncak ini masih belum abis lagi ok), pemain-pemain pasukan Kelantan dikenali seantero arena sukan bola sepak tempatan. Publisiti dan tumpuan, juga taraf bintangnya pemain-pemain ini, tidak sama dengan player2 state yg lain (sorry to say, memang trip ni bias skit)....jangan lah anda membangkang lagi, benda ni semua fakta....betul kan.

Jadi bagaimana rasanya hidup sebandar dengan bintang2 ini, bagaimana rasanya apabila anda keluar jalan-jalan kemudian terserempak dengan striker Kelantan, bagaimana rasanya ketika anda mahu order nasi goreng kemudian ternampak defender Kelantan dan juga ketika bagaimana rasanya ketika nak naik kereta kat parking supermarket kemudian terselisih dengan midfielder atau keeper Kelantan (belum citer lagi apabila ternampak coach atau presiden persatuan lagi).....jadi bagaimana rasanya......

Ya, aku tidak mampu untuk mengolahnya dalam bentuk penulisan, cuma yg aku dapat cakap, best giler dapat tgk dekat....excited kot, lg excited daripada dpt tgk Fasha Sandha atau Neelofa juga Erra Fazira serta Nora Danish secara live dan dekat. Itu baru local star player, kalau dpt jumpa ngan International player....jika anda betul fanatik, anda tahu dan faham.

Tapi sebagai lelaki matang, sememangnya aku buat rilek jer....takder nyer aku nk melompat2 kat situ sebab dpt tgk star player....niat nk amik autograp tu ada ler jugak.




Ok, anda sudah abis baca.....boleh mula dengki skang







~Mungkin best hidup di Madrid

Monday, November 14, 2011

Fantasia Bulan Madu

"Dinda pernah dengar lagu yang ada lirik 'Bulan Madu di Awan Biru ' tak ?" tanya seorang kekanda kepada adindanya.

"Maksud kanda, lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Search, daripada album 'Mentari Merah di Ufuk Timur' yang diterbitkan pada tahun 1987  tuu ?" jawab adindanya inginkan kepastian.

"Bukan, lagu P.Ramlee laa." kekanda membetulkan.

"P.Ramlee ???" adinda kehairanan.

"Dengar kanda nyanyi yer...'Bagai bulan dipagar bintang...'. " kekandanya memulakan nyanyian.

"..................." adinda hanya terdiam.

Friday, September 30, 2011

Good Luck Cuzzz !!!

Trip kali ini,aku dedikasikan kepada kazen aku. Ini kerana beliau akan pergi untuk menjadi askar selama 6 bulan....pergi jadi askar ni mengingatkan aku kepada band Hujan...

"Bapanya,mahukannya jadi seorang askar...."

Jadi,adakah kazen aku ini akan memenuhi permintaan bapanya, itu aku adalah kurang pasti...

Lagu ini juga sekaligus, mengaitkan aku kepada permintaan setiap bapa....tak semena-mena, permintaan setiap bapa adalah mahukan anaknya jadi askar....eh,apsal aku rebiu lagu Hujan lak nii...sori2,melalut lak...

Sebenarnya kazen aku ni, nk pergi kursus DPA jer, bukan berat sgt pon (eh, korang betul2 ingat dia nk gi perbatasan ker)....aku masih kurang faham kenapa pergi kursus DPA ni ada lah satu lonjakan paradigma dan sesuatu yg berat juga agak seram kepada beliau dan ofis mate-ofis mate beliau. Kebesaran kursus ni,boleh lah dilihat, bila mana ada jugak org buat blog menceritakan mereka sudah DPA...juga penuh status dalam FB, pasal nk pergi DPA...

Kefahaman aku dalam menunjukan kebesaran kursus ini, mungkin kepada, apabila selesai kursus, mereka-mereka ini akan menjadi staff gomen yg formal dan sudah dinaiktaraf....mungkin sebab itu mereka seram2 sejuk....yer la,nak naik taraf ni,bukan kijer main2 yer dak, kang tak lulus,sia-sia jer 6 bulan jadi rekrut....menjadi rekrut, mengikut cerita2 yg aku dgr, adalah sgt tidak best...

Selain itu, kejauhan dengan keluarga, sahabat handai dan sanak-sedara juga,mungkin menjadi faktor akan kebesaran kursus ini, lebih2 lagi kepada golongan wanita....owh,kazen aku ni seorang wanita.....jenis yg menggoncang dunia punyer (beliau mungkin mempunyai harapan menjadi menteri lebih awal dari aku)....walaupun begitu,beliau masih lagi tetap seorang wanita.

Jadi kita skip citer DPA yg aku x berapa nak faham, dan memang tanak faham...

Kepada kazen, semoga tabah menjalani setiap percubaan dan menjadi askar yg baik serta mengikut arahan sepanjang latihan (jangan lawan ckp sarjan misai)....
Semoga apabila tamat kursus nanti, akan menjadi seorang pagawai yg cekap, jujur, pantas,  amanah dan berdedikasi serta dpt berkhidmat dengan cemerlang, terbilang dan gemilang. Juga menjadi seorang kakitangan awam yg efisien dan dapat memajukan agama, bangsa dan negara....
Jadi Cuzzz, Good luck, Gambate dan Chayokkk !!!




Bila sudah jadi pegawai yg bertauliah, jangan lupa bg aku projek/tender ok....
Sila bagi yg harga nilai juta-juta punyer...heee












~ kalau tak,camner nk isi minyak Ferrari....lalala

Sunday, September 18, 2011

Merdeka,Merdeka,Merdeka

Sebenarnya trip ni sepatutnya ditulis (eh...taip), pada 31 Ogos, iaitu pada hari merdeka. Tapi disebabkan ia bertindih dengan raya, maka al-maklum sajer la, yer dak... Jadi aku ingat nk tulis time hari Malaysia jer la, sementelaah sambutan berkenaan juga, bersama-sama dengan sambutan Merdeka....tapi (yer,ada tapi lagi), disebabkan aku bukanlah blogger yg kental, maka hari ini lah baru aku taip (haha. x salah taip tulis)...

Aku bukan lah seorang yg berkelayakan pon, nak sembang pasal benda2 gini, dan aku bukan lah nk menulis karangan pasal pengertian hari Kemerdekaan juger....bila ntah, last skali aku menulis karangan secara formal pon, aku dah x ingat....heee

Ini adalah pendapat aku semata-mata, bersendirian tanpa ditemani sesiapa (saya single lagi...), sebagai seorang warganegara Malaysia....

Aper aku nk ckp pasal Merdeka ni yer....oh,ya, sebenarnya aku nk mengajak semua untuk bersyukur dan menghargai Kemerdekaan Tanah Air....sudah tentulah yg aku nk ngajak adalah rakyat yg memegang kad pengenalan Malaysia....oh yer,aku nk ckap pasal Kemerdekaan Negara Malaysia ok...Bukannya merdeka fikiran, kewangan dan sebagainya....kita teruskan

Kebelakangan ini (ceewahh...kata x nak tulis karangan), kita sering mendengar diskusi minda (sama ada secara formal mahupun di warung2) berkenaan cerita dulu-dulu, dan apa yg terlibat dlm penceritaan dulu-dulu itu adalah berkenaan Kemerdekaan negara Malaysia.......ok,aku bukan nk cerita pasal benda dulu-dulu, dan nk sokong saper lagi terer dlm menghikayat cerita zaman dulu tersebut....

Bagi aku, semenjak aku lahir, sekitar tahun 80-an (hehe,x nak bg tahu umur tuu...),  apa yg aku tahu, aku lahir dalam sebuah negara yg diberi nama Malaysia. Pada masa tu, negara Malaysia ni dah merdeka pon, ini adalah info-info yg aku dapat dari ibu-bapa,makcik-pakcik dan sanak saudara juga....maksud aku disini,aku x perlu membaca buku, mencari maklumat di internet, juga perlu masuk sekolah terlebih dahulu untuk mengetahui berkenaan maklumat Kemerdekaan ini.....lahir-lahir jer, aku dah menjadi warga Merdeka....

Jadi, apabila kebelakangan ini, ada yg mempersoalkan tentang Kemerdekaan dan perihal-perihal mengenai Merdeka......aku menjadi, "OMG, what are u people talking about, are u Malaysian???". Begitulah lebih kurang inotasi monolog dalaman aku....Bagi aku, mempersoalkan mengenai perkara ini, samalah seperti mempersoalkan :- "kenapa aku jadi anak orang kaya", "kenapa aku lahir sempurna dan tidak cacat", "kenapa aku masih hidup lagi pada hari ini" ('aku' dalam contoh-contoh persoalan ini,bukan lah aku (penulis) yer,ok).....

Untuk aku, tidak kisahlah dari mana Merdeka itu datang dan bagaimana ia terjadi......Sebagai warga pada hari ini, seharusnya kita bersyukur, berterima kasih dan menghargai nikmat Kemerdekaan ini.....aku bukan lah mengajak kita semua hendaklah pergi berbaris setiap 31 Ogos, atau mengibarkan bendera 24/7, mahupun menyanyikan lagu Kebangsaan setiap pagi dan malam.....cukup sekadar untuk tidak mempersoalkan atau berdebat juga berbahas mengenai Kemerdekaan, bagi menunjukkan sikap hormat dan perihatin kita pada Merdeka itu sendiri....

Pada fikiran aku, untuk tidak mempersoalkan Kemerdekaan, adalah bukti kita warga yg bersyukur, tahu menghargai dan berterima kasih juga bijak dan matang....

Sekian, Terima Kasih.























~Persoalan yang sebenar adalah, bagaimana kita hendak mengisi Kemerdekaan ini....

Wednesday, September 14, 2011

James Copper

James Anderson Lee Copper, yang lebih dikenali sebagai James Copper, adalah yang terakhir diantaranya. Seorang pengembala lembu di barat Persekutuan Negeri-negeri Amerika, dengan mengamalkan gaya hidup lama barat. Beliau adalah seorang koboi yang sudah melebihi waktunya dan pada zaman ini, orang sepertinya sudah hampir pupus. Segala yang diketahui dan dipelajarinya, sudah hampir tiada nilainya pada zaman ini.

Ronald Gregory Hallway, yang dikenali oleh rakan-rakannya sebagai Ron, adalah peneraju zaman. Seorang kapitalis dan lelaki metroseksual yang punya kelebihan dari segala segi. Hidup baginya adalah suatu permainan, jika tidak menang, kita akan kalah, itu lah moto hidup pemburu di bandar ini.

James dan Ron pernah berbual, mereka berbual mengenai cinta.

"Tidak pernah kah ada wanita dalam hidup kamu James ?" tanya Ron, setelah mengenali James sebagai seorang koboi tua yang lone ranger dan masih gagah lagi macho.

"Saya tak melihat kepentingannya dalam hidup dan kerja saya." jawab James tenang,sambil menghembus asap rokok Lucky Strike nya.

"Jadi kamu tak pernah mengenali cinta James,ruginya kamu." Ron berkata, seolah-olah merendahkan pengalaman hidup James.

"Mempunyai wanita,dan mengenali cinta adalah dua perkara berbeza budak" balas James dengan tenang dan macho, sambil tangannya sibuk meraut kayu dengan pisau.

"Jadi kamu pernah bercinta James ?" Ron bertanya lagi dengan penuh minat, dan berharap jawapan yang biasa-biasa saja dari James.

"Ada satu ketika, pada suatu petang, ketika aku sedang meronda di sekitar padang ragut, aku terlihat seorang wanita sedang mengangkat jemuran. Dengan berlatarkan mentari petang, aku tidak pernah melihat seorang wanita secantik itu, dengan susuk yang menawan dan gemalai yang menarik, aku jatuh cinta kepadanya pada waktu itu juga. "

James bercerita,tanpa ada sebarang perasaan dalam tona suara dan raut wajahnya yang berumur itu. Sebaik selesai cerita James itu, Ron mula tersenyum dan berkata,

 "Jadi,adalah wanita dalam hidup kamu ya James."

"Tiada, malah aku tak pernah mengenali perempuan itu." kata James ringkas.

"Jika kamu cinta padanya, kenapa kamu tidak pergi mendapat kepadanya James ?" soal Ron penuh hairan.

"Cinta aku kepadanya pada petang itu adalah begitu agung. Aku risau, jika aku pergi mendapatkannya, aku tak akan mencintai dia sebagaimana aku menyintainya pada petang itu. Aku tidak mahu merosakkan cinta itu dan menyebabkan perasaan yang indah itu hilang selamanya. Perasaan begitu hanya datang sekali dalam seumur hidup budak." balas James,sambil melepaskan hembusan terakhir asap Lucky Strike nya.

Ron hanya diam, cuba memahaminya.








~begitu juga aku...

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya

Trip kali ni tak perlu la nk ckap banyak....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

ok,aku nak sambung beraya....










~harap rumah seterusnya,budak tak ramai

Saturday, August 13, 2011

Cerita

Mark Gonzales masih sibuk seperti biasa, setiap malam beliau akan berada di depan komputer riba beliau, (biasa la untuk cerita-cerita saspen,mesti pakai komputer riba). Beliau akan menaip apa-apa sahaja yang berlaku di sekeliling dunia beliau, walaupun beliau bukan la seorang reporter, apatah lagi journalist atau wartawan (bukan sama ker semua nii). Beliau akan sentiasa mengabdikan diri untuk menulis, mereview, juga memberi pandangan beliau atas semua perkara di sekitar kehidupan beliau, dan juga masyarakat beliau.

Mungkin akan ada yang mengatakan Mark Gonzales seorang bloggers, tapi bukan juga, kerana beliau hanya menulis di dalam MS Words sahaja, jadi Mark Gonzales hanyalah semata-mata seorang penulis amatur (sebab beliau tak menjual hasil tulisan beliau lagi, dan tidak hidup atas hasil tersebut)....ok,sambung cerita

Malam itu, seperti biasa, ditemani susu (UHT rendah lemak), Mark Gonzales akan menulis setiap perkara yang ditemui oleh beliau sepanjang hari itu. Tentang bagaimana sibuknya beliau di pejabat, tentang seorang makcik yang memarahi seorang kutu di dalam tren, juga berkenaan seekor anjing liar yang tak bertuan (dah anjing liar,mesti lah takder tuan), menyelongkar tong sampah di depan rumah kosong, dikawasan kejiranan beliau. Betapa pada ketika itu, beliau berharap agar pihak perbandaran masih lagi bekerja, untuk membersihkan keselerakkan yang dilakukan oleh binatang buas tersebut.

Mungkin ada mengatakan, cerita saspen aper minum susu, baik betul mat saleh ni, minum susu jer. Mestilah,kalau dia minum minuman keras, pastu mabuk, camner nk menulis kan.....ok,sambung cerita

Mark Gonzales meneruskan penaipan beliau dengan serius, komited dan dedikasi, sehingga larut malam. Jam sudah menunjukkan pukul 12 a.m, pada ketika ini, beliau akan selalu teringat cerita-cerita anker dulu-dulu, tentang pontianak yang suka keluar pada waktu tersebut. Jika masa kecil dulu beliau akan takut juga, tetapi sekarang setelah hidup di bandar metropolitan yang maju dan canggih, betapa beliau menyedari itu semua hanya kepercayaan karut sahaja. Mark Gonzales tahu, pontianak boleh keluar bila-bila masa sahaja, asalkan tidak kena matahari. Data ini beliau perolehi setelah membaca novel Twilight. Mark Gonzales memang gemar membaca.

Dua belas perenggang siap dikarang oleh Mark Gonzales pada malam tersebut. Sambil membisikkan perkataan ironi, Mark Gonzales save semua hasil karya beliau pada malam itu, dan mula melakukan kerja-kerja shutdown komputer riba beliau.

Mark Gonzales menghabiskan tegukan terakhir minuman susu beliau, dan mula masuk tidur. Sudah tentulah Mark Gonzales akan berus gigi dulu sebelum tidur.




~abis

Thursday, August 11, 2011

Blur

Hye, Blur...????
Blur bla bla bla,bla bla bla bla,bla bla bla bla.....haha
bla bla bla bla bla (bla bla bla bla...kot)....bla bla bla bla.

Ko bla bla bla bla ker, bukan lah bla bla bla bla....memang lah bla bla bla bla, bla bla bla bla bla bla bla bla bla. kalau ikutkan bla bla bla bla bla bla bla bla....bla bla bla bla.

Blur lagi kan, bla bla bla bla bla bla bla bla,bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla....kalau dulu lagi, bla bla bla bla bla bla bla bla....hehe,cakap kan.

Blur, bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla,bla bla bla bla la sangat....bla bla bla bla....Babi betul (bla bla bla bla bla.... bla bla bla).
Sori-sori....bla bla bla bla,

Cuba jilat hujung siku.....boleh tak???









~ blur Blur bluR blur

Sunday, August 7, 2011

Puasa nan Merdeka

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan dan Selamat menyambut bulan Kebangsaan....


Puasa,jangan tak puasa....
Ok,aku rasa kata-kata kelakar ni dah overrated dan overuse juga, tp cuba pandang dari sudut positif,sekurangnya ada juga lawak legasi dari Senario (walaupon aku rasa,Gila-Gila atau Ujang yg pakai lawak ni dlu). Aper-aper pon,janji best....

Selamat Merdeka.....
Walaupon sekarang,aku merasakan segelintir orang awam,merasakan kita masih belum merdeka. Politik,politik...








~Selamat menjalani ibadah

Thursday, July 28, 2011

Pening

Bila aku baca balik trip 25 Julai...yakni,trip sebelum ni,aku menjadi pening....ape ke hal aku menulis benda-benda merepek sebegitu,nak mampus gamaknyer....

Aku baca balik sekali lagi,ada juga unsur-unsur drama...mugkin lain kali aku boleh mencuba tulis skrip drama pulak.....jual kat astro prima pon ok jugak...

Mungkin ada ckp aku berkhayalan tinggi,nk terus jual kat Astro,org cuba la jual kat RTM dlu,tgk dpat ker tidak....derrr,ingat senang ker nk dpt tender gomen skang....eh,merepek pulak,sori-sori,aku masih pening lagi...

Tapi sebab aku dah tulis,aper der hal...layan jer laaa








~pening....pening

Tuesday, July 26, 2011

Terima Kasih dan Selamat Malam

Segalanya jelas kini.....aku berterima kasih dapat berbual dengan dia,sekarang semuanya jelas. Mungkin perbualan itu bukan lah yang terakhir,tapi aku dapat merasakan yang ia adalah yang terakhir.....aku akan pergi kini,pergi menuju destinasi yang aku mahu tuju....terima kasih untuk dia,yang menghilangkan getar ini.

Semuanya kini,yang ada disini akan aku tinggalkan....aku mungkin akan menyesal,tapi penyesalan sudah lama terpadam dari kamus hidup aku....sedikit aku merenung,segala yang berlaku mungkin adalah suatu persediaan yang perlu aku miliki sebelum menempuhi perjalanan ini.Segala pengalaman,dan pengajaran,akan aku gunakan sebaik mungkin.

Tidak mudah,tempat yang aku ingin tuju ini tidak mudah...malah sedikit tergelincah,pasti teruk jawabnya,sedikit tersasar mungkin selamanya sesat....mungkin maut juga sedia menunggu di segenap simpang dan ruang,tapi takdir akan memastikan segalanya...semoga Tuhan akan memihak ku.

Kepada semua,terima kasih,terima kasih untuk segalanya....maaf untuk segala kekurangan dan kesilapan di masa lalu,dan mungkin di masa mendatang ini....aku mengharapkan kita akan bertemu lagi,dan bersama lagi,untuk gelak ketawa.....semoga apabila aku sampai di sana nanti,aku dapat membawa kalian bersama juga kesana.....doa kan destinasi aku ini,adalah suatu tempat yang baik,supaya boleh aku membawa kalian melawat nanti.

Semoga aku tidak terlalu lama disini,dan terlewat....

Tarik nafas......dengan lafaz Bismillah....mulakan langkah pertama...

Sehingga ke hari itu....selamat malam untuk semua :)












~set off to war....definitely war

Wednesday, July 13, 2011

Miss U

Kebelakangan ini,aku hanya pemerhati.....jarang benar aku menyampuk dalam alam maya (sikit lagi dah nk bunyi cam Adam Maya lak)....semestinya,aku tak akan boleh meninggalkan "cyber world" ini, maklumlah,pelajar IT.

Jadi kepada semua,aku masih ada.....aku masih disitu,memerhati kalian.

Selain daripada beban dunia,banyak sebab lagi aku menyepi...entah lah,mungkin rindu agaknya










~Blink 182

Sunday, July 3, 2011

Politik

Politik adalah umpama.....

MENARIK RAMBUT DARIPADA TEPUNG

Rambut jangan putus, tepung jangan terabur (betul ker terabur,cam pelik jer).Sekurangnya ini lah yang diperkatakan orang2 lama dalam politik Malaysia...

Anda faham....sebab aku tak berapa faham lagi,boleh la sikit2,tapi banyak nk kena faham lagi...Kalau anda faham,share sekali k....peace






~Politik jujur mungkin di Israel

Wednesday, June 29, 2011

Rancangan Masakan

Bila aku memutuskan untuk menulis trip ni,aku akan teringat kepada hapacrita. Beliau selalu menulis tentang cerita-cerita begini. Aku teringat satu cerita dia bagaimana dia terputus selera apabila rancangan masakan tersebut memasak daging yang tidak halal di makan oleh muslim......anda tentu faham maksud saya kan.

Dan sebentar tadi,aku tetiba memahami perasaan beliau itu.

Aku bukan la seorang yg kisah sgt apa yg berlaku di dalam peti kaca televisyen....apa diorang buat,apa diorang masak,lantak diorang laa...aku tak akan dipengaruhi oleh aktiviti mereka di dalam kotak tv tersebut.Aku akan meneruskan aktiviti aku diluar kotak tv tanpa kebimbangan.Aku menganggap itu adalah "bliss of ignorace",satu rahmat dari-Nya untuk aku.

Rancangan tadi menyedarkan aku sesuatu....betapa senangnya Dia menarik kembali rahmat yang diberikan dalam sekelip mata,tanpa sebarang amaran.Rasa insaf itu datang....








~Sedap jugak nmpak daging babi panggang tu

Monday, May 16, 2011

Yey

Terima Kasih kepada saudara StingRay, aku dah dapat tahu saudara deeb ada blog baru...dan aku juga dpt bahan bacaan baru dari saudara FA (dah mcm Football Association lak)....heee

Hasil daripada ini,aku akan bersemangat semula meneruskan perjuangan penulisan yang aku sgt slow skali kebelakangan ini. Oleh itu aku akan bersorak Yey.....sorakan yang sering menjadi sorakan kegembiraan oleh saudara Deeb,sempena kedatangan balik beliau dalam arena blog.

Walaupon aku lmbat tahu selama sebulan,tapi kira ok la sebab tak smpai dua bulan lagi...dan kita semua sedia maklum yang satu itu lebih baik dari dua.....okeh

Dan FA...Yey, boleh tmbah satu blog lagi...




~Hye Deeb

Friday, April 29, 2011

ah-Ha

oit....alamak,dah lama la tak menulis....

Akibat kesibukan hidup dan kerja yang mencurah-curah serta setelah melalui beberapa pengalaman yang mendewasakan,tak sempat pulak nak menulis peristiwa-peristiwa yang berlaku di persekitaran sihat dan tak berapa sihat yang aku lalui....ah-Ha

ok,sejujur dan sebenarnya aku hampir lupa aku ada blog..dan a...ku ada follower (agak terkezut gak laa)...eh,yang ni pun nk kena bg tahu dalam blog ker.....tak kisah la kan,aper der hal

ok,trip kali ini adalah untuk anda,follower yang pertama,saya tak kenal siapa anda,tapi terimalah....trimas



~cam nak nyanyi lak

Saturday, April 9, 2011

Hilang dan Marah

Teraser hilang semangat menulis apabila satu bahan bacaan ringan, nukilan seorang rakan sudah tidak ada lagi.
Hasilannya itu sebenarnya mampu untuk melegakan lenguh2 otak dan menyantai kan sendi2 bahu.
Apabila ditanya,dia menyatakan bahawasanya dia malas menulis lagi kerana seorang perempuan.

Aku benci perempuan itu.......

Wanita itu bisa mengaman dan menghancurkan dunia.Dinyatakan mereka memegang madu dan racun bersama-sama.Tapi apa kena-mengena nya pernyataan ini dengan kehilangan bahan bacaan penjana minda untuk aku itu....owh lupa,sebab dia tutup blog kerana seorang wanita (itu lah dikatakan nya kepada aku)

Aku menulis trip kali ni,juga dalam keadaan terasa agak marah...apa yang aku marahkan....owh,bahan bacaan yang hilang....karya sastera,suatu seni anak bangsa yang sudah tiada lagi.........hanya kerana seorang wanita....aku marah pula.

Terasa sangat marah....rasa kemarahan aku yang terkeliru......kepada hilangnya satu seni.....kepada wanita....atau patut aku panggil perempuan.



~Aku pakai seat-belt sebab blog itu.

Tuesday, March 29, 2011

Review Filem

Aku bukan lah seorang yang pandai sangat mengkritik...kebanyakan masa,kritikan aku biasanya akan bertukar menjadi kutukan.

Oleh itu,aku bukan lah orang yang sesuai untuk meribiu (review) apa-apa wayang gambar yang aku tonton,dan thread ini juga bukan lah untuk meriview cerita-cerita muvie yang aku nengok.

Aku sebenarnya baru menonton muvie di cinema,setelah dah lama tidak menjejak kan kaki ke panggung. Setelah siap menonton (selalunya aku menonton lebih dari seorang....ada sekali jer aku nonton muvie sorang2),seperti biasa kami akan bercakap-cakap perihal cerita yang baru selesai ditonton.

Untuk trip wayang kali ini,aku lebih kepada pendengar,sebab aku tak ada apa2 komen untuk di beri kepada filem yang baru selesai ditonton tersebut,bagi aku filem itu menghiburkan (mungkin sebab itu juga aku tak ada apa2 untuk dikomen).....dan dari cakap2 teman yang menonton bersama itu, dapatlah disimpulkan, filem itu tidak lah sebagus mana. Ia dapat disimpulkan sebegitu, apabila ada ulasan mengatakan, duit utk tiket tersebut lebih berbaloi utk dibuat beli berger McD.

Perbualan ketika itu,menyedarkan aku tentang sesuatu.

Mungkin disebabkan aku sudah lama tidak menonton filem berbayar di panggung, menyebabkan aku lupa satu peraturan/rule aku sewaktu menjadikan menonton filem di cinema adalah satu hobi tidak langsung (dimana apabila ada cerita baru jer,mesti aku nk nengok)....pada ketika itu,aku susah mendengar komen orang, aku akan pergi tengok juga,walaupon ada orng ckp filem itu tak best....setelah itu,barulah aku nyesal sendirian,jika betul filem itu tak best.....tapi takper la kot,yg penting aku puas hati, cuma agak leceh, apabila teman menonton yg akan menanggung akibat sama (dan aku yg mengajak akan menerima tempias dipersalahkan...heee)

Perihal trip kali ini juga, menyebabkan aku merasa ingin menonton beberapa buah muvie lagi yang sedang ditayangkan.

Cuma sekarang aku dah tak ada orang lagi boleh diajak utk tonton bersama,dan yang ada,sama ada sudah tonton dan mempunyai pandangan sendiri,atau yang sudah bersetuju dengan komen teman2 (dan juga orang ramai) yang sudah menonton.......dan kebanyakan filem sekarang tidak lah mendapat review yg bagus (yang menyebabkan lebih kurang org untuk diajak)






~Aku cuma seorang yang tidak boleh menonton wayang secara bersendirian

Monday, March 21, 2011

Shisa dan Hacks

Pernahkah anda menghisap syisa atau shisa...errr,camner eja dia ek (ah,aper2 lah)

Ok,pernah kah anda mencuba shisa dengan coklat (gula-gula) hacks,sebagai penambah rasa. Saya menyarankan anda mencuba nya ketika cuaca berangin dan sejuk,paling bagus di tepi2 muara,sungai-sungai atau bumbung-bumbung bangunan. Pastikan anda mendapat direct wind atau bahasa melayunya angin terus ke badan anda.

Cara nya,letakkan gula-gula hacks tersebut dlam air di bahagian bawah dalam botol shisa tersebut,dan hisap lah ia,dengan perasa pilihan anda.Untuk lagi kaw,tambah rasa mentos,bg kasi lebih angin,dan anda boleh la merasa efeknyer.....pergh!!!




~Sediakan baju sejuk anda

Thursday, March 3, 2011

Hawaii 5.0

Ok,baru2 ni aku selalu mempunyai peluang menonton televisyen. Dari situ aku melihat perangai televisyen sekarang (atau lebih tepat stesen penyiar) mempunyai hobi menyiarkan drama-drama atau rancangan dari era 70'an - 80'an.....senario ini bukan sahaja terhad kepada stesen- stesen percuma,malah stesen berbayar juga (mcm byk sgt stesen penyiar kat Malaysia terchenta nih)

 Well,best jugak sebenarnya,malah beberapa siri jauh lebih baik dari siri-siri televisyen yg ada sekarang ini. Yang aku paling suka tgk Hawaii five o (5.0)

Kenapa aku suka....

Kerana cerita dia santai,walaupon cerita siasat-siasat,tp tidak memberatkan kepala hotak dengan pelbagai penerangan melampau namun masih logik, aksi yg menghiburkan bersama watak2 yg sentiasa maintain tenang (walaupon situasi yg mencabar minda nurani),bos hero dia yg macho dengan stail rambut yg tak akan berubah (walau seteruk mana pon dia bergelut) dan juga lagu tema yg nostalgik....oh yeah
aku suka lagu tema dia...

Cerita byk pon tak guna,cuba layan klip ini...


~awek zaman tersebut pon hot-hot juger

Saturday, February 19, 2011

Idea

Aku ingat nak tulis gak dua tiga perkara dalam ni,tapi bila selesai jer log in....abis lak idea panjang berjela-jela yang aku nk tulis tuu...aiseehhh !!!

Maybe sebab aku x cukup rajin kot dan blog ni adalah sesajer utk mengisi masa lapang (dan kebetulan seminggu ni takder masa lapang lak)....owh,aku dah pernah tulis kat thread Malas dan Prolog rupernyer...heee

~idea,idea....

Sunday, January 30, 2011

Liga Super a.k.a Menang Piala Sumbangsih

Malaysia Super League sudah bermula...

Permulaan yang baik untuk Pasukan Bola Sepak Kelantan a.k.a The Red Warrior....Sebagai warga Kota Bharu,salah satu teritori dalam state of Kelantan,saya adalah sangat gembira dan tumpang bangga...Oh,Yeah Menang !!!

Memang la pada mulanya,kelihatan agak sukar,lebih2 lagi lawan Kelantan adalah pasukan paling gah seluruh Malaya dan juga Borneo Utara,The Red Giant a.k.a Selangor....Namun ternyata perlawanan ini adalah milik Kelantan,bermula dengan jaringan penalti seawal minit ke-8 dan jaringan pada minit 70 plus2 melalui tendangan percuma,terus ke gawang Selangor....Selangor memang bermain baik,namun nasib lebih kepada Red Warrior...

Kalau lihat pada permainan pada perlawanan ini,kelihatan Red Warrior mempunyai peluang untuk mencipta kejuaraan liga dan juga menjulang piala-piala lain lagi dalam musim ini...Insyallah

Pada aku,yang paling menarik adalah sponsor pasukan Kelantan....Happy
Untuk itu,pasukan bola sepak Kelantan mendapat nama baru hasil cetusan idea Sokernet......



~Tahniah Happy Warrior

Wednesday, January 26, 2011

Lepak

Aku suka lepak.....

Ya,aku akan menyatakan dengan bangga bahawa aku sangat suka melepak...seolah-olah itu satu hobi bagi aku. Duduk saja2,membuang masa dan tiada sumbangan produktif (pada negara dan masyarakat),amat bermakna bagi aku....aku bisa saja duduk sejam dua di satu2 tempat tanpa aku berbuat apa2....ckup sekadar dengan tembakau Dunhill atau Marlboro (jika ada setin dua air nescafe origenal,lagi lah meriah).

Aku semakin memahami dan menghayati akan kegemaran aku ini,sejak dua tiga bulan yg lalu,apabila aku mula kerja suka2 sebagai penjaga cyber cafe dan apabila aku kerap ke Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam....duduk di satu-satu tempat,sambil melihat awan,bangunan dan manusia sekeliling...heaven bagi aku

Ia juga menggerakkan niat aku untuk menjadi seorang pengembara back-packer....

Oleh kerana itu,aku keciwa apabila kerajaan mengumumkan akan ada pengangkutan awam khusus untuk wanita sahaja......damn

~the time you enjoy wasting,is not wasted - John Lennon

Tuesday, January 25, 2011

Wad

Semalam aku pergi menghantar seorang makcik aku ke hospital. Ini adalah kerana beliau terpaksa melepak di dalam wad sebelum melakukan satu minor operation...

Ok,secara ringkas nya,setelah melakukan sesi pendaftaran dan sedikit paperwork,aku dengan berbesar hati menolak makcik aku ke dalam wad di tingakat  4.....sememangnya apa yg aku lihat di situ adalah satu panorama yg memberi seribu satu kejutan budaya untuk insan lemah seperti aku ini

Yaaa...!!!


(tak perlu lah lagi aku cerita apa yg aku nmpak di situ,sesungguhnya kamu semua bisa mengerti apa yg aku maksudkan....bg mereka yg tidak ngerti,terimalah kenyataan yg kamu sememangnya masih tidak layak untuk memahami maksud entri ini)

Sepertinya,andai aku berada di situ,aku bisa sembuh tanpa bantuan ubatan kimia...

Bagi kakitangan yg bertugas di wad Mawar HRPZ II Kota Bharu....keep up your good job

~ahmoi-ahmoi doktor,memang sangat cute....

Khusus

Ok...aku tahu apa yg aku nk bebel ni adalah satu perkara yg agak dah lama,lebih kurang seminggu dua la lama nya. Dan dlm seminggu dua tu jgk la aku cuba menahan diri agar tidak menampakkan kebenganngan dan kebobolan diri,serta untuk sentiasa cool dlm apa juga perkara...

Aku cuba untuk tidak menulis ini di ruangan blog,yer la lagi pun perkara ini adalah jarang berkaitan dengan aku. Tapi nyata setelah seminggu dua, aku tak dapat menahan diri lagi untuk membebel sedikit sebanyak tentang perkara ini.....jelas sekali iman aku masih tipis dan punya ruang yg besar untuk diperbaiki (untuk itu juga aku adalah masih lagi tidak layak menyertai imam muda)

Apa yang ingin aku marahkan disini adalah tentang kejongosan dan kedayusan segelintir kaum adam (ya makhluk yg sama macam aku). Dan apa yg paling aku benci sekali adalah kejahatan mereka ini yg dilemparkan keatas insan lemah dari suku kaum Hawa....Ya,aku cukup marah dengan mereka2 ini yg melakukan kerakusan terhadap golongan wanita....bisa saja aku menembak mereka dengan rifel semi automatik 0.7 kaliber.

Mereka-mereka ini cukup bodoh,sangat2 bodoh dan nyatalah tiada yg lagi bodoh dari mereka2 ini,percaya lah....Dan untuk angkara bajingan yang dilakukan mereka-mereka ini,maka pihak2 yg berkenaan terpaksa melakukan beberapa tindakan drastik dan terpuji serta tegas bg melindungi insan lemah wanita-wanita ini....

Salah satunya adalah dengan mengasingkan atau mengadakan satu ruang khusus untuk wanita dlam kenderaan dan pengangkutan awam....dulu dah disediakan koc wanita bg komuter,dan terbaru bas rapid khusus untuk wanita....!!!

Oleh itu tiada lagi keindahan dalam menggunakan pengangkutan awam,dan yg paling terkesan semestinya lelaki-lelaki baik (ya,seperti aku ini),yg tiada lain hanyalah untuk menikmati panorama indah ketika dlm perjalan pergi dan balik sekadar untuk melepaskan penat dlm menjalankan urusan harian....huhu

Tapi aku masih menyokong tentang langkah2 pecegahan ini....

~seperti kata bidalan,jikalau kamu mencintai seseorang,lepaskan lah ia pergi dahulu....

Wednesday, January 5, 2011

2011

Selamat Tahun Baru 2011....

Wah lamernye baru dpt wish...
tp ok la kan,sebab yg wish pkul 12 a.m 1 Januari 2011 tu dah ramai kan,kan,kan....(aku nyer line hang lak time tu)

ok...

~Happy New Year