Sunday, January 30, 2011

Liga Super a.k.a Menang Piala Sumbangsih

Malaysia Super League sudah bermula...

Permulaan yang baik untuk Pasukan Bola Sepak Kelantan a.k.a The Red Warrior....Sebagai warga Kota Bharu,salah satu teritori dalam state of Kelantan,saya adalah sangat gembira dan tumpang bangga...Oh,Yeah Menang !!!

Memang la pada mulanya,kelihatan agak sukar,lebih2 lagi lawan Kelantan adalah pasukan paling gah seluruh Malaya dan juga Borneo Utara,The Red Giant a.k.a Selangor....Namun ternyata perlawanan ini adalah milik Kelantan,bermula dengan jaringan penalti seawal minit ke-8 dan jaringan pada minit 70 plus2 melalui tendangan percuma,terus ke gawang Selangor....Selangor memang bermain baik,namun nasib lebih kepada Red Warrior...

Kalau lihat pada permainan pada perlawanan ini,kelihatan Red Warrior mempunyai peluang untuk mencipta kejuaraan liga dan juga menjulang piala-piala lain lagi dalam musim ini...Insyallah

Pada aku,yang paling menarik adalah sponsor pasukan Kelantan....Happy
Untuk itu,pasukan bola sepak Kelantan mendapat nama baru hasil cetusan idea Sokernet......



~Tahniah Happy Warrior

Wednesday, January 26, 2011

Lepak

Aku suka lepak.....

Ya,aku akan menyatakan dengan bangga bahawa aku sangat suka melepak...seolah-olah itu satu hobi bagi aku. Duduk saja2,membuang masa dan tiada sumbangan produktif (pada negara dan masyarakat),amat bermakna bagi aku....aku bisa saja duduk sejam dua di satu2 tempat tanpa aku berbuat apa2....ckup sekadar dengan tembakau Dunhill atau Marlboro (jika ada setin dua air nescafe origenal,lagi lah meriah).

Aku semakin memahami dan menghayati akan kegemaran aku ini,sejak dua tiga bulan yg lalu,apabila aku mula kerja suka2 sebagai penjaga cyber cafe dan apabila aku kerap ke Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam....duduk di satu-satu tempat,sambil melihat awan,bangunan dan manusia sekeliling...heaven bagi aku

Ia juga menggerakkan niat aku untuk menjadi seorang pengembara back-packer....

Oleh kerana itu,aku keciwa apabila kerajaan mengumumkan akan ada pengangkutan awam khusus untuk wanita sahaja......damn

~the time you enjoy wasting,is not wasted - John Lennon

Tuesday, January 25, 2011

Wad

Semalam aku pergi menghantar seorang makcik aku ke hospital. Ini adalah kerana beliau terpaksa melepak di dalam wad sebelum melakukan satu minor operation...

Ok,secara ringkas nya,setelah melakukan sesi pendaftaran dan sedikit paperwork,aku dengan berbesar hati menolak makcik aku ke dalam wad di tingakat  4.....sememangnya apa yg aku lihat di situ adalah satu panorama yg memberi seribu satu kejutan budaya untuk insan lemah seperti aku ini

Yaaa...!!!


(tak perlu lah lagi aku cerita apa yg aku nmpak di situ,sesungguhnya kamu semua bisa mengerti apa yg aku maksudkan....bg mereka yg tidak ngerti,terimalah kenyataan yg kamu sememangnya masih tidak layak untuk memahami maksud entri ini)

Sepertinya,andai aku berada di situ,aku bisa sembuh tanpa bantuan ubatan kimia...

Bagi kakitangan yg bertugas di wad Mawar HRPZ II Kota Bharu....keep up your good job

~ahmoi-ahmoi doktor,memang sangat cute....

Khusus

Ok...aku tahu apa yg aku nk bebel ni adalah satu perkara yg agak dah lama,lebih kurang seminggu dua la lama nya. Dan dlm seminggu dua tu jgk la aku cuba menahan diri agar tidak menampakkan kebenganngan dan kebobolan diri,serta untuk sentiasa cool dlm apa juga perkara...

Aku cuba untuk tidak menulis ini di ruangan blog,yer la lagi pun perkara ini adalah jarang berkaitan dengan aku. Tapi nyata setelah seminggu dua, aku tak dapat menahan diri lagi untuk membebel sedikit sebanyak tentang perkara ini.....jelas sekali iman aku masih tipis dan punya ruang yg besar untuk diperbaiki (untuk itu juga aku adalah masih lagi tidak layak menyertai imam muda)

Apa yang ingin aku marahkan disini adalah tentang kejongosan dan kedayusan segelintir kaum adam (ya makhluk yg sama macam aku). Dan apa yg paling aku benci sekali adalah kejahatan mereka ini yg dilemparkan keatas insan lemah dari suku kaum Hawa....Ya,aku cukup marah dengan mereka2 ini yg melakukan kerakusan terhadap golongan wanita....bisa saja aku menembak mereka dengan rifel semi automatik 0.7 kaliber.

Mereka-mereka ini cukup bodoh,sangat2 bodoh dan nyatalah tiada yg lagi bodoh dari mereka2 ini,percaya lah....Dan untuk angkara bajingan yang dilakukan mereka-mereka ini,maka pihak2 yg berkenaan terpaksa melakukan beberapa tindakan drastik dan terpuji serta tegas bg melindungi insan lemah wanita-wanita ini....

Salah satunya adalah dengan mengasingkan atau mengadakan satu ruang khusus untuk wanita dlam kenderaan dan pengangkutan awam....dulu dah disediakan koc wanita bg komuter,dan terbaru bas rapid khusus untuk wanita....!!!

Oleh itu tiada lagi keindahan dalam menggunakan pengangkutan awam,dan yg paling terkesan semestinya lelaki-lelaki baik (ya,seperti aku ini),yg tiada lain hanyalah untuk menikmati panorama indah ketika dlm perjalan pergi dan balik sekadar untuk melepaskan penat dlm menjalankan urusan harian....huhu

Tapi aku masih menyokong tentang langkah2 pecegahan ini....

~seperti kata bidalan,jikalau kamu mencintai seseorang,lepaskan lah ia pergi dahulu....

Wednesday, January 5, 2011

2011

Selamat Tahun Baru 2011....

Wah lamernye baru dpt wish...
tp ok la kan,sebab yg wish pkul 12 a.m 1 Januari 2011 tu dah ramai kan,kan,kan....(aku nyer line hang lak time tu)

ok...

~Happy New Year