Tuesday, March 29, 2011

Review Filem

Aku bukan lah seorang yang pandai sangat mengkritik...kebanyakan masa,kritikan aku biasanya akan bertukar menjadi kutukan.

Oleh itu,aku bukan lah orang yang sesuai untuk meribiu (review) apa-apa wayang gambar yang aku tonton,dan thread ini juga bukan lah untuk meriview cerita-cerita muvie yang aku nengok.

Aku sebenarnya baru menonton muvie di cinema,setelah dah lama tidak menjejak kan kaki ke panggung. Setelah siap menonton (selalunya aku menonton lebih dari seorang....ada sekali jer aku nonton muvie sorang2),seperti biasa kami akan bercakap-cakap perihal cerita yang baru selesai ditonton.

Untuk trip wayang kali ini,aku lebih kepada pendengar,sebab aku tak ada apa2 komen untuk di beri kepada filem yang baru selesai ditonton tersebut,bagi aku filem itu menghiburkan (mungkin sebab itu juga aku tak ada apa2 untuk dikomen).....dan dari cakap2 teman yang menonton bersama itu, dapatlah disimpulkan, filem itu tidak lah sebagus mana. Ia dapat disimpulkan sebegitu, apabila ada ulasan mengatakan, duit utk tiket tersebut lebih berbaloi utk dibuat beli berger McD.

Perbualan ketika itu,menyedarkan aku tentang sesuatu.

Mungkin disebabkan aku sudah lama tidak menonton filem berbayar di panggung, menyebabkan aku lupa satu peraturan/rule aku sewaktu menjadikan menonton filem di cinema adalah satu hobi tidak langsung (dimana apabila ada cerita baru jer,mesti aku nk nengok)....pada ketika itu,aku susah mendengar komen orang, aku akan pergi tengok juga,walaupon ada orng ckp filem itu tak best....setelah itu,barulah aku nyesal sendirian,jika betul filem itu tak best.....tapi takper la kot,yg penting aku puas hati, cuma agak leceh, apabila teman menonton yg akan menanggung akibat sama (dan aku yg mengajak akan menerima tempias dipersalahkan...heee)

Perihal trip kali ini juga, menyebabkan aku merasa ingin menonton beberapa buah muvie lagi yang sedang ditayangkan.

Cuma sekarang aku dah tak ada orang lagi boleh diajak utk tonton bersama,dan yang ada,sama ada sudah tonton dan mempunyai pandangan sendiri,atau yang sudah bersetuju dengan komen teman2 (dan juga orang ramai) yang sudah menonton.......dan kebanyakan filem sekarang tidak lah mendapat review yg bagus (yang menyebabkan lebih kurang org untuk diajak)






~Aku cuma seorang yang tidak boleh menonton wayang secara bersendirian

Monday, March 21, 2011

Shisa dan Hacks

Pernahkah anda menghisap syisa atau shisa...errr,camner eja dia ek (ah,aper2 lah)

Ok,pernah kah anda mencuba shisa dengan coklat (gula-gula) hacks,sebagai penambah rasa. Saya menyarankan anda mencuba nya ketika cuaca berangin dan sejuk,paling bagus di tepi2 muara,sungai-sungai atau bumbung-bumbung bangunan. Pastikan anda mendapat direct wind atau bahasa melayunya angin terus ke badan anda.

Cara nya,letakkan gula-gula hacks tersebut dlam air di bahagian bawah dalam botol shisa tersebut,dan hisap lah ia,dengan perasa pilihan anda.Untuk lagi kaw,tambah rasa mentos,bg kasi lebih angin,dan anda boleh la merasa efeknyer.....pergh!!!




~Sediakan baju sejuk anda

Thursday, March 3, 2011

Hawaii 5.0

Ok,baru2 ni aku selalu mempunyai peluang menonton televisyen. Dari situ aku melihat perangai televisyen sekarang (atau lebih tepat stesen penyiar) mempunyai hobi menyiarkan drama-drama atau rancangan dari era 70'an - 80'an.....senario ini bukan sahaja terhad kepada stesen- stesen percuma,malah stesen berbayar juga (mcm byk sgt stesen penyiar kat Malaysia terchenta nih)

 Well,best jugak sebenarnya,malah beberapa siri jauh lebih baik dari siri-siri televisyen yg ada sekarang ini. Yang aku paling suka tgk Hawaii five o (5.0)

Kenapa aku suka....

Kerana cerita dia santai,walaupon cerita siasat-siasat,tp tidak memberatkan kepala hotak dengan pelbagai penerangan melampau namun masih logik, aksi yg menghiburkan bersama watak2 yg sentiasa maintain tenang (walaupon situasi yg mencabar minda nurani),bos hero dia yg macho dengan stail rambut yg tak akan berubah (walau seteruk mana pon dia bergelut) dan juga lagu tema yg nostalgik....oh yeah
aku suka lagu tema dia...

Cerita byk pon tak guna,cuba layan klip ini...


~awek zaman tersebut pon hot-hot juger