Aku bukan lah seorang yg berkelayakan pon, nak sembang pasal benda2 gini, dan aku bukan lah nk menulis karangan pasal pengertian hari Kemerdekaan juger....bila ntah, last skali aku menulis karangan secara formal pon, aku dah x ingat....heee
Ini adalah pendapat aku semata-mata, bersendirian tanpa ditemani sesiapa (saya single lagi...), sebagai seorang warganegara Malaysia....
Aper aku nk ckp pasal Merdeka ni yer....oh,ya, sebenarnya aku nk mengajak semua untuk bersyukur dan menghargai Kemerdekaan Tanah Air....sudah tentulah yg aku nk ngajak adalah rakyat yg memegang kad pengenalan Malaysia....oh yer,aku nk ckap pasal Kemerdekaan Negara Malaysia ok...Bukannya merdeka fikiran, kewangan dan sebagainya....kita teruskan
Kebelakangan ini (ceewahh...kata x nak tulis karangan), kita sering mendengar diskusi minda (sama ada secara formal mahupun di warung2) berkenaan cerita dulu-dulu, dan apa yg terlibat dlm penceritaan dulu-dulu itu adalah berkenaan Kemerdekaan negara Malaysia.......ok,aku bukan nk cerita pasal benda dulu-dulu, dan nk sokong saper lagi terer dlm menghikayat cerita zaman dulu tersebut....
Bagi aku, semenjak aku lahir, sekitar tahun 80-an (hehe,x nak bg tahu umur tuu...), apa yg aku tahu, aku lahir dalam sebuah negara yg diberi nama Malaysia. Pada masa tu, negara Malaysia ni dah merdeka pon, ini adalah info-info yg aku dapat dari ibu-bapa,makcik-pakcik dan sanak saudara juga....maksud aku disini,aku x perlu membaca buku, mencari maklumat di internet, juga perlu masuk sekolah terlebih dahulu untuk mengetahui berkenaan maklumat Kemerdekaan ini.....lahir-lahir jer, aku dah menjadi warga Merdeka....
Jadi, apabila kebelakangan ini, ada yg mempersoalkan tentang Kemerdekaan dan perihal-perihal mengenai Merdeka......aku menjadi, "OMG, what are u people talking about, are u Malaysian???". Begitulah lebih kurang inotasi monolog dalaman aku....Bagi aku, mempersoalkan mengenai perkara ini, samalah seperti mempersoalkan :- "kenapa aku jadi anak orang kaya", "kenapa aku lahir sempurna dan tidak cacat", "kenapa aku masih hidup lagi pada hari ini" ('aku' dalam contoh-contoh persoalan ini,bukan lah aku (penulis) yer,ok).....
Untuk aku, tidak kisahlah dari mana Merdeka itu datang dan bagaimana ia terjadi......Sebagai warga pada hari ini, seharusnya kita bersyukur, berterima kasih dan menghargai nikmat Kemerdekaan ini.....aku bukan lah mengajak kita semua hendaklah pergi berbaris setiap 31 Ogos, atau mengibarkan bendera 24/7, mahupun menyanyikan lagu Kebangsaan setiap pagi dan malam.....cukup sekadar untuk tidak mempersoalkan atau berdebat juga berbahas mengenai Kemerdekaan, bagi menunjukkan sikap hormat dan perihatin kita pada Merdeka itu sendiri....
Pada fikiran aku, untuk tidak mempersoalkan Kemerdekaan, adalah bukti kita warga yg bersyukur, tahu menghargai dan berterima kasih juga bijak dan matang....
Sekian, Terima Kasih.
~Persoalan yang sebenar adalah, bagaimana kita hendak mengisi Kemerdekaan ini....
No comments:
Post a Comment