James Anderson Lee Copper, yang lebih dikenali sebagai James Copper, adalah yang terakhir diantaranya. Seorang pengembala lembu di barat Persekutuan Negeri-negeri Amerika, dengan mengamalkan gaya hidup lama barat. Beliau adalah seorang koboi yang sudah melebihi waktunya dan pada zaman ini, orang sepertinya sudah hampir pupus. Segala yang diketahui dan dipelajarinya, sudah hampir tiada nilainya pada zaman ini.
Ronald Gregory Hallway, yang dikenali oleh rakan-rakannya sebagai Ron, adalah peneraju zaman. Seorang kapitalis dan lelaki metroseksual yang punya kelebihan dari segala segi. Hidup baginya adalah suatu permainan, jika tidak menang, kita akan kalah, itu lah moto hidup pemburu di bandar ini.
James dan Ron pernah berbual, mereka berbual mengenai cinta.
"Tidak pernah kah ada wanita dalam hidup kamu James ?" tanya Ron, setelah mengenali James sebagai seorang koboi tua yang lone ranger dan masih gagah lagi macho.
"Saya tak melihat kepentingannya dalam hidup dan kerja saya." jawab James tenang,sambil menghembus asap rokok Lucky Strike nya.
"Jadi kamu tak pernah mengenali cinta James,ruginya kamu." Ron berkata, seolah-olah merendahkan pengalaman hidup James.
"Mempunyai wanita,dan mengenali cinta adalah dua perkara berbeza budak" balas James dengan tenang dan macho, sambil tangannya sibuk meraut kayu dengan pisau.
"Jadi kamu pernah bercinta James ?" Ron bertanya lagi dengan penuh minat, dan berharap jawapan yang biasa-biasa saja dari James.
"Ada satu ketika, pada suatu petang, ketika aku sedang meronda di sekitar padang ragut, aku terlihat seorang wanita sedang mengangkat jemuran. Dengan berlatarkan mentari petang, aku tidak pernah melihat seorang wanita secantik itu, dengan susuk yang menawan dan gemalai yang menarik, aku jatuh cinta kepadanya pada waktu itu juga. "
James bercerita,tanpa ada sebarang perasaan dalam tona suara dan raut wajahnya yang berumur itu. Sebaik selesai cerita James itu, Ron mula tersenyum dan berkata,
"Jadi,adalah wanita dalam hidup kamu ya James."
"Tiada, malah aku tak pernah mengenali perempuan itu." kata James ringkas.
"Jika kamu cinta padanya, kenapa kamu tidak pergi mendapat kepadanya James ?" soal Ron penuh hairan.
"Cinta aku kepadanya pada petang itu adalah begitu agung. Aku risau, jika aku pergi mendapatkannya, aku tak akan mencintai dia sebagaimana aku menyintainya pada petang itu. Aku tidak mahu merosakkan cinta itu dan menyebabkan perasaan yang indah itu hilang selamanya. Perasaan begitu hanya datang sekali dalam seumur hidup budak." balas James,sambil melepaskan hembusan terakhir asap Lucky Strike nya.
Ron hanya diam, cuba memahaminya.
~begitu juga aku...
bullshit
ReplyDeletehahaha...
ReplyDelete