Trip kali ini,aku dedikasikan kepada kazen aku. Ini kerana beliau akan pergi untuk menjadi askar selama 6 bulan....pergi jadi askar ni mengingatkan aku kepada band Hujan...
"Bapanya,mahukannya jadi seorang askar...."
Jadi,adakah kazen aku ini akan memenuhi permintaan bapanya, itu aku adalah kurang pasti...
Lagu ini juga sekaligus, mengaitkan aku kepada permintaan setiap bapa....tak semena-mena, permintaan setiap bapa adalah mahukan anaknya jadi askar....eh,apsal aku rebiu lagu Hujan lak nii...sori2,melalut lak...
Sebenarnya kazen aku ni, nk pergi kursus DPA jer, bukan berat sgt pon (eh, korang betul2 ingat dia nk gi perbatasan ker)....aku masih kurang faham kenapa pergi kursus DPA ni ada lah satu lonjakan paradigma dan sesuatu yg berat juga agak seram kepada beliau dan ofis mate-ofis mate beliau. Kebesaran kursus ni,boleh lah dilihat, bila mana ada jugak org buat blog menceritakan mereka sudah DPA...juga penuh status dalam FB, pasal nk pergi DPA...
Kefahaman aku dalam menunjukan kebesaran kursus ini, mungkin kepada, apabila selesai kursus, mereka-mereka ini akan menjadi staff gomen yg formal dan sudah dinaiktaraf....mungkin sebab itu mereka seram2 sejuk....yer la,nak naik taraf ni,bukan kijer main2 yer dak, kang tak lulus,sia-sia jer 6 bulan jadi rekrut....menjadi rekrut, mengikut cerita2 yg aku dgr, adalah sgt tidak best...
Selain itu, kejauhan dengan keluarga, sahabat handai dan sanak-sedara juga,mungkin menjadi faktor akan kebesaran kursus ini, lebih2 lagi kepada golongan wanita....owh,kazen aku ni seorang wanita.....jenis yg menggoncang dunia punyer (beliau mungkin mempunyai harapan menjadi menteri lebih awal dari aku)....walaupun begitu,beliau masih lagi tetap seorang wanita.
Jadi kita skip citer DPA yg aku x berapa nak faham, dan memang tanak faham...
Kepada kazen, semoga tabah menjalani setiap percubaan dan menjadi askar yg baik serta mengikut arahan sepanjang latihan (jangan lawan ckp sarjan misai)....
Semoga apabila tamat kursus nanti, akan menjadi seorang pagawai yg cekap, jujur, pantas, amanah dan berdedikasi serta dpt berkhidmat dengan cemerlang, terbilang dan gemilang. Juga menjadi seorang kakitangan awam yg efisien dan dapat memajukan agama, bangsa dan negara....
Jadi Cuzzz, Good luck, Gambate dan Chayokkk !!!
Bila sudah jadi pegawai yg bertauliah, jangan lupa bg aku projek/tender ok....
Sila bagi yg harga nilai juta-juta punyer...heee
~ kalau tak,camner nk isi minyak Ferrari....lalala
Ha! Main kroni.
ReplyDeleteNak kena tibai? haha.
biasa...untuk berjaya kita perlu allied...
ReplyDeletemerit semata-mata tidak menjamin kecemerlangan,ambil contoh Nazi German...hehe ;p