Ok,baru2 ni aku selalu mempunyai peluang menonton televisyen. Dari situ aku melihat perangai televisyen sekarang (atau lebih tepat stesen penyiar) mempunyai hobi menyiarkan drama-drama atau rancangan dari era 70'an - 80'an.....senario ini bukan sahaja terhad kepada stesen- stesen percuma,malah stesen berbayar juga (mcm byk sgt stesen penyiar kat Malaysia terchenta nih)
Well,best jugak sebenarnya,malah beberapa siri jauh lebih baik dari siri-siri televisyen yg ada sekarang ini. Yang aku paling suka tgk Hawaii five o (5.0)
Kenapa aku suka....
Kerana cerita dia santai,walaupon cerita siasat-siasat,tp tidak memberatkan kepala hotak dengan pelbagai penerangan melampau namun masih logik, aksi yg menghiburkan bersama watak2 yg sentiasa maintain tenang (walaupon situasi yg mencabar minda nurani),bos hero dia yg macho dengan stail rambut yg tak akan berubah (walau seteruk mana pon dia bergelut) dan juga lagu tema yg nostalgik....oh yeah
aku suka lagu tema dia...
Cerita byk pon tak guna,cuba layan klip ini...
~awek zaman tersebut pon hot-hot juger
No comments:
Post a Comment