Sebentar tadi aku pergi berjumpa sahabat.....kawan lama masa wa kerja kat Tanah Merah,Kelantan
Hahaha....org Tanah Merah jgn terkejut,aku pernah stay kat Tanah Merah tau,sempat la jugak tiga (3) bulan aku menetap sana,jadi org Tanah Merah....sempat la abis pusing bandar Tanah Merah tuu....setiap minggu minyak RM 30 jer,boleh pusing abis satu bandar....haha
Aku pergi kerja sana sebagai sales person,pomen komputer,casher dan juga penjaga Cyber Cafe....jrng2 siap jadi pengawal kedai lagi. Semua ni aku buat masa aku join kursus PUNB....heee
Kat sana aku ada 3 orng opismate utk 2 penggal pertama,then tmbah lagi dua org semasa aku di musim akhir....diorang boleh tahan cool,best la,satu kapal,satu kepala kan. Tapi slack,bos suka ambik kesempatan (opsss.....jgn memahami perenggan tu dgn pemikiran kuning anda)....wa tanak citer pasal bos,nanti jadi mengumpat lak...
Ok,sepanjang di sana aku menyewa dengan sorang opismate,nama Yoe,budak Telok Panglima Garang (kalau x silap nama kampung dia)....tadi wa pergi jumpa dia laa,dia sudah kerja kat KB (ada jugak member wa kat sini).Dia ni boleh tahan,satu kepala ngan aku,boleh layan la dia nii....hahaha
Wa byk belajar teknik merepair komputer dengan betul dengan bro Yoe....terer la dia dlm membaik pulih hardware/software.Nak setup kedai komputer dengan dia memang boleh laa,sumer hal dia tahu,skang dia kerja kat KB ni pon ngan sorang lg member wa kat Tanah Merah,Wadi nama dia(pergh...dpt kat dia dlu bro Yoe nii,manyak untung wa ckp sama lu).
Sepanjang duk di Tanah Merah,byk jugak la kenangan walaupon tak seberapa (yer la,Tanah Merah besar mana jer pon). Walaupon byk aktiviti kitorang berkisar di jaluran rumah kedai dan kawasan perniaagaan baru ,yang wa rasa seluas 1 setengah ekar jer,tp agak fun laa....
Duk dlm kedai dpt dgr si Rosa (sorang lg opismate,pempuan) bebel,lepak kat luar minum teh'O beng kedai makan sebelah,bergosip dgn waiter dan penebar roti canai serta manager kedai,jrng2 lepak kedai sebelah yg jual alat2 pertanian,sembang pasal nombor ekor dengan tuan kedai cina (Ipoh mali,tarak sombong....namun smpai skang aku x paham camner cara dia main judi),duk kat CC dpt tgk awek2 misi main internet,petang main bola kat padang awam,balik rumah sambung borak dgn jiran sebelah.,seminggu sekali depan kedai ada pasar malam....heaven,kerja senang,byk rilek,tarak tensen,hidup cara kampung....hahaha
Byk la yg aku belajar masa kat Tanah Merah,selain bahagian2 teknikal pasal PC,juga cara2 bersosial dgn masyarakat melayu luar bandar....secara purata hidup sepanjang 3 bulan di Tanah Merah adalah best. Memori indah berkekalan sepanjang zaman.....bermadah plak gua.
Byk lagi yg terjadi kat sana....nanti ada masa gua sambung der
"Sebentar tadi aku pergi berjumpa sahabat.....kawan lama masa wa kerja kat Tanah Merah,Kelantan"
ReplyDeleteKejap wa..kejap aku..konsisten sikit.
tu tak masuk 'gua' dalam entri lain lagi tu.
ReplyDeleteSteady! Jangan givap! =)
Mari belajar menulis.