Di waktu-waktu subuh nii, memang terasa kesejukan nya...yer la,dah xder matahari, sejuk la kan, lepas hujan pulak tuu.
Tapi bukan itu maksud aku, kesejukan ini lebih kepada kipas angin yang berada di sebelah aku...kuat jugak aku pasang kipas, sampai terasa sejuk hingga ke tulang sum-sum. Aku tidak memerlukan penghawa dingin pada waktu ini.
Sekali lagi bukan itu juga maksud trip kali ini....trip kali ini bukan untuk menceritakan tentang betapa sejuknya waktu subuh.
Subuh pada hari ini lain sedikit...Ya, terasa rahmat pada subuh kali ini.
Rahmat ini kerana esok adalah Satu Ramadhan....Selamat Berpuasa untuk semua Muslimin dan Muslimat di seantero dunia....tapi lebih dikhaskan kepada mereka2 yg boleh membaca bahasa melayu.
Sebab aku tulis ni dalam bahasa melayu...aku x sure kalau ada arab atau mat saleh yang boleh baca nii...
Selamat Puasa...Puasa,jangan tak puasa
Momento Ray
A moment with Ray is good for you...iyooo lah !
Friday, July 20, 2012
Wednesday, May 16, 2012
Sibuk
Perghhh....sudah lima setengah bulan rupanya berada di tahun 2012 yang sejahtera ini yaa.
Semenjak masuk tahun yg ke-12 dlm milenia baru ini,aku sudah mula merasai kembali erti kehidupan...wah,ayat macam nk buat skrip drama pulak...tapi itulah realiti.
Tahun ni,aku sudah merasa kembali apa itu erti sibuk,especially bulan 4 yg lepas...bz giler wa ckp lu !!!
Yang membuat sgt sibuk itu adalah, apabila aku attend trening...memang terasa kelam-kelibut akibat kesibukan...hatta ketika hujung minggu sekali pun,aku tak berani sangat nk sibuk bersenang lenang,akibat kesibukan....tiap-tiap hari,sibuk takut takder masa ajer kerjanya.
Tapi sekarang,trening sudah abis, sibuk pun berhenti la nampaknya. Perumpaannya seperti dapat bernafas kembali rupanya. Walaupun sekarang sibuk terasa takut benda lain pulak (yg mungkin akan membuat sibuk kembali,tapi dengan level sibuk yg kurang la yer)....itu nanti kita sibuk cerita di lain hari la ek.
Jadi, dalam menyambut kurang kesibukan ini,aku mengambil keputusan untuk sibuk menaip trip baru...sambil sibuk dengar lagu Rock Kapak (yg mana dalam setiap lagu nya,takder la pulak sibuk nak cerita pasal kapak).
Trip kali ni x ada aper yang sibuk sgt nk share sebenarnya,cuma nak cerita aku sibuk jer....sibuk betul,sebab tu aku sibuk nak karang trip nii...Bila dah kurang sibuk ni,mungkin nanti aku akan cuba sibuk karang cerita beruang, seperti yang brader Hapacrita sibuk mintak tuu...dah sibuk cerita tentang semua binatang pon,dia still sibuk nak yg spesifik punya...memang detail la brader Hapacrita nii,sibuk betul...hehe
Apa-apa pun, selamat sibuk membaca la yer...hari-hari kita ni, memang x boleh elak perihal kesibukan ni yer tak. Hari ni tak sibuk,esok sibuk balik,memang sibuk betul kita ni kan...jadi pandai-pandai la sibuk nak hidup kan....Yang penting, dalam sibuk-sibuk tuu,jgn la lupa sibuk untuk bernafas k.

Friday, March 23, 2012
Kisah Kelawar, Mamalia dan Burung
Pernahkah anda mendengar satu kisah dari orang tua-tua. Satu cerita mengenai satu perang besar pada suatu masa dahulu....ok, kalau tak berapa nk ingat, meh aku cerita....begini lebih kurang cerita dia....
Pada suatu masa dahulu, pada zaman haiwan-haiwan boleh berkata-kata, berlaku satu peperangan antara haiwan-haiwan yang berjalan di atas muka bumi dengan haiwan-haiwan yg juga berjalan di atas muka bumi, tetapi mempunyai kelebihan, iaitu mempunyai sayap, dan dapat tebang tinggi di angkasa raya.
Punca sebenar perang, tidak lah pula diketahui, mungkin akibat cemburu atau berebut kawasan dan sumber makanan barangkali. Tetapi yang pasti, perang tersebut sangat dahsyat dan telah meragut banyak nyawa juga telah berlarutan selama bertahun- tahun lamanya.
Perang yang melibatkan puak yang mempunyai taring dan cakar dengan puak yang mempunyai cakar dan sayap, telah menjadi semakin kompleks dan sulit, sehingga istilah yang agak moden telah digunapakai oleh kedua-dua pihak. Satu pihak yang berjalan diatas muka bumi dan tidak boleh terbang dinamakan sebagai mamalia, dan satu pihak lagi dinamakan spesies burung. Maka satu istilah baru telah diterima, dan peperangan tersebut telah dikenali sebagai peperangan antara spesies mamalia di muka bumi dengan spesies burung. Perang berlaku makin dahsyat.
Hatta, di dalam keadaan yang kelam-kelibut akibat peperangan yang makin hari makin dahsyat itu, wujudlah satu watak kecil yang dinamakan sebagai haiwan kelawar. Maka haiwan yang dikenali sebagai kelawar ini, seperti mereka-mereka yang agak berkecuali pada mulanya, telah nampak peluang dari keadaan peperangan ini, dan cubalah mereka untuk menangguk di air yang keruh bagi mendapat sesuatu dari keadaan yang kucar-kacir ini.
Seperti yang kita sedia maklum, haiwan kelawar ini adalah dari spesies mamalia dan boleh terbang lah juga hendaknya mereka ini, kerana mempunyai sepasang sayap.
Pada suatu masa, ketika pasukan dari mamalia ini mendapat kuasa dan memenangi banyak peperangan, maka datanglah kelawar ini kepada raja puak mamalia, untuk menunjukkan taat setia dan menyokong seratus peratus akan perjuangan mamalia sekalian. Setelah diperiksa, maka diterima lah kelawar ini kedalam puak mamalia, kerana sememangnya kelawar adalah mamalia. Kecuali mempunyai sayap, tiada bezalah kelawar ini dengan sekalian mamalia yang lainnya. Begitulah pada anggapan raja mamalia dan sekalian jeneral dan penasihat-penasihat raja.
Kemudian berlaku sesuatu yang tidak diduga, puak dari spesies burung telah melakukan serangan balas, dan peperangan telah bertukar arah. Serangan bertali arus dari udara, memaksa pasukan mamalia untuk berundur dan berlindung di hutan, maka peperangan pada kali itu, berpihak pada puak burung. Kehidupan di hutan adalah sangat susah, maka pergilah kelawar kepada puak burung.
Setelah bersusah payah memujuk, merayu, juga bertipu helah, maka berjumpalah kelawar dengan raja burung dan menyatakan niatnya untuk menyertai pihak burung. Dengan kapasitinya yang boleh terbang dan mempunyai sayap, maka diperkenankan lah kelawar oleh raja burung untuk menganggotai tentera-tentera burung semuanya. Dengan ini, hidup senang lah kelawar sekali lagi sebagai pihak yang menang.
Langit tidak selalu cerah, panas tidak sampai ke petang. Ketika burung-burung merasakan senang dengan kemenangan mereka, datanglah raja mamalia dengan sekalian angkatan tenteranya, menyerbu penempatan burung di bukit-bukit. Maka akibat dari serangan mengejut dan sangat pantas itu, larilah segala raja burung dan anggotanya yang masih selamat, untuk berlindung di gunung-gunung yang lebih tinggi. Kalah lah puak burung pada kali itu, dan ramailah yang terkorban dan menjadi tawanan kepada mamalia. Antara tawanan ini terdapat lah kelawar dan anggotanya yang tidak sempat untuk terbang bersama raja burung.
Namun demikian, dengan kelicikannya, dapatlah kelawar menipu raja mamalia agar diselamatkan nyawanya dan tidak dihukum sebagai pengkhianat. Atas dasar belas, dan mengenangkan yang kelawar ini masih lagi seekor mamalia, maka tidak dibunuhlah kelawar ini, maka selamatlah ia. Hidup lah kelawar dengan senang bersama puak mamalia yang menang.
Sekali lagi, tanpa disangka-sangka, burung telah menang perang lagi, berlindung lah sekali lagi raja dengan mamalia sekaliannya di dalam hutan, kecuali kelawar. Datang lah kelawar kepada raja burung pula, dan dengan helahnya diterimalah kembali dia kepada puak burung. Senanglah kembali kelawar ini.
Raja mamalia yang telah bersumpah untuk tak akan menyerah, telah sekali lagi menyerang dan mendapat kemenangan. Kelawar yang telah selesa dengan gaya hidupnya tidak lagi cuba untuk melarikan diri, tetapi dengan rela hati menyerah dan sekali lagi cuba mengambil kesempatan dari sifat belas raja mamalia. Pada nya, kali ini pun tentulah selamat nyawanya dan jika mamalia kalah lagi sekali pun, dia akan melakukan perkara yang sama dengan raja burung. Cukup yakin kelawar ini, bahawa dia akan diterima kembali.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Raja mamalia yang bijaksana sudah dapat menghidu akan perancangan licik dan jahat kelawar ini. Namun raja mamalia ini, sentiasa tinggi sifat belasnya, terutama kepada komrad-komrad mamalia sekaliannya. Daripada dibunuh, telah dihalau oleh raja mamalia akan kelawar ini, dan tidaklah ia diterima kedalam puak mamalia lagi, walaupun ia seekor haiwan mamalia. Terkejut dengan perkara ini, pergilah kelawar kepada burung, untuk meminta simpati.
Angkatan burung yang masih lagi cedera, lemah dan terkejut akibat dari kekalahan sekali ini, telah menerima kedatangan kelawar. Namun kali ini, raja burung yang sedang cedera itu menyedari sesuatu. Raja burung merasakan yang kelawar adalah haiwan pengkhianat. Tanpa banyak soal bicara, telah dihalaunya kelawar ini dari kalangan angkatan burung-burung sekaliannya. Berbeza dengan mamalia, burung-burung telah cuba untuk membunuhnya.
Maka larilah kelawar menyelamatkan diri dan bersembunyilah ia di dalam gua. Disana, sedihlah kelawar akan nasibnya dan tidak beranilah ia untuk meninggalkan tempat persembunyiaannya itu, takut-takut dijumpai burung akan dirinya. Hendak meminta perlindungan dari mamalia pun, sudah tidak boleh dilakukannya. Dengan itu, diamlah kelawar di dalam gua, dan menjadikan gua sebagai tempat tinggal hakikinya.
Teruslah bersembunyi kelawar ini didalam gua, dan hanya mencari makan ketika malam, pada waktu burung-burung telah balik ke sarang. Menjelang pagi pulang lah ia ke guanya cepat-cepat, takut terjumpa burung yang akan membunuh mereka.
Walau sesudah tamat perang, dan amanlah dunia ini, tidak lah bertukar akan rutin hidup kelawar. Sehinggalah kepada cucu-cicitnya ke hari ini.
Ini lah akibatnya, jika selalu bertukar-tukar sokongan dan bersikap mementingkan diri sendiri. Kelak tidak lagi dipercayai orang dan hidup lah dengan bersendirian.
Amacam, boleh ingat tak cerita kelawar, mamalia dan burung ini...mesti anda semua pernah dengar kan, atau membacanya dimana-mana...selamat terhibur.

Wednesday, March 21, 2012
Masa dan Kehidupan
Uish...dah 2 bulan rupenye yer, sejak kali terakhir aku menulis dlm blog picisan ini...ewah, picisan pulak, dah cam nama blog member lak (picisan)....ok, masa semestinya pantas berlalu.
Kehidupan sememangnya sudah banyak mengambil masa dari aku...ya, kita sememangnya hidup dengan masa, (apa yang aku bebel nii)....ok, apa yang aku cuba katakan adalah, masa sentiasa datang dan pergi dan kehidupan perlu diteruskan....masa yg pergi, tidak boleh dipanggil balik lagi, walaupun korang ada mesin masa atau ilmu ghaib yg boleh kembali ke masa lepas sekali pun. Ya, aku memperkatakan pasal butterfly effect....pernah tgk tak movie dia, logik gak kan.
2, 3 masa kebelakangan ini, aku merasakan kehidupan aku tidak menentu, dan byk masa digunakan untuk cuba menentukan balik kehidupan ini....sebab itulah masa untuk sampingan seperti menulis blog (ya, blog adalah untuk masa sampingan saja bagi aku, tapi masih cuba untuk serius sikit) tidak ada, dan sebab itu juga anda tidak melihat update...Rutin....aku sudah tidak mempunyai kehidupan yg rutin lagi...sebab itulah aku ckp masa aku kelam kelibut dua, tiga menjak nii...
Trip kali ini, bukan lah luahan perasaan atau satu esei untuk menggambarkan mengenai penyesalan aku, akibat tidak menghargai masa (walaupun masa itu diibaratkan emas....emas mahal wooo)...trip kali ini lebih kepada penceritaan, walaupun kita membazirkan masa, tetapi setiap masa yg dibazirkan itu, mestilah kita ingatkan, juga kenangkan kembali, supaya kita dapat pengajaran darinya...sekaligus, dapat mendewasakan diri, mematangkan kehidupan dan memanjangkan akal kita, supaya kesilapan sama tidak berulang kembali (walaupun kadang-kadang kita akan mendapat deja-vu)....jadi, masa yang dibazirkan itu, akan nmpak tidak terbazir begitu sahaja, dan ini boleh dijadikan "moral booster", untuk kita menempuhi kehidupan yg kian mencabar ini....
Oleh itu, walaupon anda merasakan yang anda tidak menghargai masa, anda sebenarnya dihargai oleh masa...dengan syarat, sentiasa pandang belakang ok (rear mirror dlm keter, bukan diletakkan tanpa sebab)....
Macam mana, trip kali ini sgt bermotivasikan....tak perlu lah berterima kasih kepada aku. Semoga kita semua mendapat manfaat dari karangan aku untuk kali ini...
Ok lah....karangan ini sebenarnya adalah satu alasan dan cara untuk minta maaf sebab lama x update blog...biasa orng akan ckp, "aisey, sori laa, lama x update...bla,bla,bla"...tp aku rasa cam dah pernah buat trip pasl "sori lama x update" ni rasanya...jadi, xkan nk ulang lagi, yer dak...heee

Tuesday, January 17, 2012
Kecek Kelate
Trip kali ni, ambo nok tra tulis ikut bahaso kelate laa deh...maklum lah, ambo ni orey kelate, sekali sekalo nak tra guno bahaso kelate etek, ko guano. Kalu ambo orey perok, mesti la ambo guno bahaso perok dih....gitu la jugok, kalu ambo orey kedoh ko, negeri semiley ko, pula peney ko....eh, ngarut plok ambo nii, sori-sori (orey kelate memey biaso guno bahaso orey putih, jadi kalu ado bahaso orey putih tu, dok pelik la deh)
Dulu-dulu kalu nulih karangey ni, dokleh guna loghat negeri, sebab key cikgu maroh, markah pon keno potong.... tapi mugo loni ado natey belog ni gak, buleh la ambo tra, takdok orey larey sero, mugo barey nii free jah. Doh belog ambo, ikut ambo laa....cumo mungkin ado (bukey mungkin doh bekali, ambo sero memey ado) hok dok berapo pehey...kalu dok pehey, baco laa selow-selow deh, beley-beley belek kamus etek...kalu ado saing-saing orey kelate tu, buleh la mitok dio tolong trenslet. Orey ganu pong, reti jugok ambo sero...ko guano.
Maso kecik-kecik dulu, tekoh sekoloh rendoh (sekoloh menengoh pon ado jugok, jarey-jarey), rajin la ambo duk dengar ado budok-budok nulih karangey maso perekso dengay guno bahaso loghat nii....maso tu gak, ambo duk mikir, bodonyo budok tuu. Ambo sero nulih guno bahaso standard lagi mudoh. Tokdey nok mikir ambo, lagu mano demo tu buleh nulih guno bahaso loghat...tapi tekoh ado tepon henset ni gak, bilo guno sms (shok mesenging servis), baru ambo pehey...dok mustahil ruponyo nulih nga bahaso loghat ni dih....nii la buktinyo, ambo duk nulih trip ni guno bahaso loghat...dok sedar pon, sapa tigo perenggey doh nii boh...
Loni ambo banyok meluey key maso di Koto Bharu kelate nii, jadi beraso nok kecek kelate sokmo. Mugo tiak-tiak hari duk kecek bahaso loghat nii gak...mesti doh dih, doh duk kapung sediri, guno la loghat sediri...kalu ambo orey perok, duk di Lumut pon, ambo guno bahaso perok dih....eh,eh ngobey la ambo nii.
Jadi, ambo takdok cito ni sebenarnyo, nak tra nulih ikut bahaso kelate jah sebenarnyo...pat perenggey beley-beley takdok cito pon...lain kali laa, ambo nulih kok bahaso kelate lagi deh, bilo ambo ado cito hok sedak sikit. Ni pon boktey dok jenero tido jah nii, beley-beley tingat ko orey jauh etek...pah, baco kanvas media tadi beley-beley. Lamo doh dio dok update, bilo dio update, sero nok update jugok la ambo pon...
Jadi, sehinggo la kito betemu lagi la deh semo-semo....ni ambo nulih ikut bahaso kelate KB, orey oyak hok kelate KB la paling mudoh....lagi pon, ambo reti kelate KB jah, mugo ambo orey Koto Bharu keyy...tu pon ambo ado sengajo namboh-namboh pelat sikit, sajo nok bagi dramatik, napok sikit kelainey dio, sedak sikit nok baco dih....duk dumoh, takdok la lagu gini mo ambo kecek...hehe
Ok, tadi kato nok bereti, ngabey pulok doh eh....kali ni bereti sengoti la deh, wassalam....
Thursday, January 5, 2012
Bersatu
Trip kali ini adalah untuk menyuruh kita semua BERSATU, tapi oleh sebab aku malam ni (ya, aku tulis ni pada waktu malam) adalah sangat sangap takder idea, jadi trip kali ni aku hanya dedikasi untuk seru semangat sahaja....semoga kita semua BERSATU.
Ok, untuk dapat feel, kita nyanyi sikit...macam mana nada lagu, sila lah cipta sendiri. Nyalakan sudut kreatif anda, yang penting seruan untuk BERSATU ini tercapai dalam diri kita semua....semoga terhibur dan teruslah BERSATU...
BERSATU Kita BERSATU,
Dengan Setia Berganding Bahu ,
BERSATU Kita BERSATU,
Jiwa Teguh Berpadu,
Kita Rumpun Melayu.

Bersama Mendukung Hasrat Semua,
Berjasa Pada Agama, Bangsa dan Negara.
BERSATU Kita BERSATU
Untuk Rakyat Malaysia.
Thursday, December 29, 2011
Bintang Kecil di Timur
Untuk trip kali ini, kita akan cuba bermusikal...jadi sila baca sambil menyanyi, cipta sdri lagu anda dan jadikan musikal anda menarik....happy holiday
Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...
Adik Kura-kura dan adik Arnab,
Bermain bersama,
Melompat-lompat...
Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...
Datuk Harimau,
Di dalam semak....
Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...
Adik Kura-kura dan adik Arnab,
Menari bersama....
Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...
Datuk Harimau,
yang sedang tidur,
Adik Arnab di dalam perut...
Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...
Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...
Adik Kura-kura dan adik Arnab,
Bermain bersama,
Melompat-lompat...
Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...
Datuk Harimau,
Di dalam semak....
Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...
Adik Kura-kura dan adik Arnab,
Menari bersama....
Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...
Datuk Harimau,
yang sedang tidur,
Adik Arnab di dalam perut...
Bintang Kecil,
Bintang Kecil,
Bintang Kecil di Timur,
Bersinar terang...
Subscribe to:
Posts (Atom)